Tatacara Rawatan

Tatacara Rawatan

  • Diagnose gejala
  • Rawatan dilakukan setelah mendapat persetujuan dari pesakit/waris untuk dirawat selepas perawat membentangkan hasil diagnose awal dan bayaran yang bakal dikenakan.
  • Perawat duduk diposisi belakang pesakit dan akan ke posisi samping atau depan jika ada keperluan.
  • Tidak melakukan body contact secara langsung pada mana-mana bahagian tubuh pesakit sama ada dengan sentuhan, tepukan, tekanan, picitan, pukulan dan sebagainya atau secara tidak langsung seperti menggunakan alat dan barangan tertentu sebagai perantara yang dengannya menyebabkan pesakit menderita kesakitan.
  • Jika perlu menyentuh, seperti meletakkan bahagian perut jari tangan dibahagian bahu pesakit, perawat WAJIB melakukannya dengan keizinan pesakit atau waris/mahram.
  • Proses rawatan akan disulami dengan pertanyaan kepada pesakit dari masa ke semasa tentang keadaan dirinya. Pesakit wajib respon dengan benar dan telus bagi melengkapkan diagnose.
  • Setelah selesai perawat akan memberi konsultansi kepada pesakit tentang hal:

    1. Pengesahan penyakit pesakit sama ada gangguan jin atau sihir atau sebaliknya berdasarkan dapatan data.
    2. Mencadangkan rawatan susulan sekiranya perlu.

_________________________

*Kami perawat PRAWIS tidak mengamalkan rawatan secara jarak jauh bermakna setiap pesakit hendaklah hadir ke pusat rawatan atau dalam keadaan tertentu kami akan ke tempat pesakit. Kami juga tidak merawat sakit fizikal.

_________________________

Tatacara Rawatan