Ilmu Pengubatan Kerohanian Melayu berasaskan Ilmu Gerak

Apa itu Ilmu Gerak?

jumadin

Upaya Diri Rohani

Ilmu Gerak

Istilah yang dipakai bagi menyatakan suatu kaedah pemanfaatan upaya diri rohani dalam kehidupan duniawi. 

Ilmu Gerak tergolong ilmu kerohanian yang pemakaiannya tidak menggunakan sebarang bahantara dan perantara makhluk lain selain hanya diri pengamal sendiri. Bermakna pengamal hanya bertangan kosong semasa mengubat pesakit.

Uniknya penggunaan Ilmu Gerak semasa proses pengubatan adalah bersifat universal iaitu satu cara untuk kegunaan pelbagai. Seperti menyakiti dan membunuh jin juga memusnahkan sihir dan zat jahat.

Dasar keilmuannya adalah Tauhid, Doa dan Tawakal kepada Allah S.W.T. 

Pakaian Ulama Nusantara

1626441401

Kitab Siyarus Salikin

Karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani

Allahyarham Wan Mohd Shaghir Abdullah di dalam artikelnya menerangkan bahawa Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (w. 1832) ada menulis di dalam kitabnya yang berjudul  Mulhik fi Bayanil Fawa’id an-Nafi’ah fil Jihadi fi Sabilillah iaitu:

‘Pada Faedah Yang Keempat dinyatakan terdapat satu doa yang apabila mengamalkannya maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.’

Bermakna keilmuan bangsa Ilmu Gerak ini telah pun wujud semenjak 200 tahun yang lalu. Bahkan mungkin lebih lama lagi sebelum itu.

Ia telah menjadi ‘pakaian’ ulama Melayu dalam ruang lingkup keilmuan mempertahankan diri dan pengubatan. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani adalah ulama Melayu yang menulis kitab Siyarus Salikin yang tersohor itu.

Pengijazahan Ilmu Gerak

gerak2

Ilmu Gerak

Sesi Pengijazahan

Ijazah disampaikan sendiri oleh TAS kepada para peserta yang menyertai kursus.

Sebagaimana ulama Melayu terdahulu maka TAS menuruti langkah mereka dengan mengijazahkan Ilmu Gerak beserta 4 tahapan dan rahsianya tanpa mengenakan apa-apa bayaran. 

Ijazah yang dimiliki oleh para peserta adalah bersifat kekal dan peserta yang telah diijazahkan dengan Ilmu Gerak oleh TAS boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa syarat dan pantang larang.

Ilmu Gerak adalah salah satu daripada empat kunci utama dalam menentukan keberhasilan ikhtiar pengubatan selain 10 modul, Ilmu Kasyaf dan bimbingan guru.

Siapa TAS?

Kelebihan Ilmu Gerak Dalam Pengubatan

Menggunakan Ilmu Gerak sungguh membuatkan urusan pengubatan menjadi mudah kerana pengamal tidak terikat dengan hafalan, peralatan, ritual, pantang larang dan sebagainya.

Sesi pengubatan tidak panjang kerana telah terbukti dengan Ilmu Gerak  jin, sihir dan zat jahat dapat diselesaikan berdasarkan pengalaman 20 tahun TAS dalam bidang pengubatan. 

Titik keberhasilan menggunakan Ilmu Gerak dan kaedah-kaedah pengubatannya adalah beradaptasikan dari petunjuk Sunnah Nabi SAW dan bersumber dari Ummul Kitab.

Melalui 10 modul para peserta akan dapat merawat seusai kursus.

Pengalaman TAS selama lebih 20 tahun dalam dunia pengubatan benar-benar diluahkan. 10 modul ini juga ternyata berimpak besar sehingga telah melahirkan ramai perawat dalam tempoh yang singkat dikalangan masyarakat yang ‘zero knowledge’ tentang ilmu rawatan.

Kursus secara online. 

10 Modul

Menjelaskan definisi Ilmu Gerak kepada makna yang dipakai dalam ruang lingkup keilmuan perubatan kerohanian Melayu. Juga memperincikan perbezaan Ilmu Gerak dengan ma’unah, karamah dan mukjizat. Hal ini bagi membetulkan salah faham penisbahan Ilmu Gerak kepada tiga perkara tersebut.

Menjelaskan hakikat diri manusia yang terbahagi kepada tiga unsur secara terperinci sehingga peserta dapat membezakan ketiga-tiganya melalui pengetahuan terhadap sifat-sifatnya. Kenal hakikat unsur ketiga-tiga diri ini adalah kunci kepada memahami dari mana sumber asalnya Ilmu Gerak.

Rahsia kelemahan jin didedahkan berdasarkan penelusuran kepada asal kejadiannya. Sihir juga didedahkan hakikatnya sehingga peserta nampak kenapa ia sebenarnya mudah dimusnahkan. Pendedahan kedua-duanya berdasarkan pencerahan dari al-Quran dan Hadith.

Perincian diri manusia  kepada tiga pembahagian membuatkan peserta akan memahami dari mana sumber datangnya gerakan yang bersifat rohani pada diri pengamal. Hal ini secara asasnya dibuktikan dengan dalil adat dan hujah yang rasional. Sementara pendalilan al-Quran telah dijelaskan di dalam ebook Ilmu Gerak Khazanah Pendeta Melayu.

Menjelaskan perbezaan antara penyakit gangguan jin, sihir dan zat jahat serta menunjukkan bagaimana kaedah menanganinya menggunakan Ilmu Gerak. Keberhasilan kaedah pengubatan yang disampaikan adalah berdasarkan kepada nilaian kesembuhan yang berulang-ulang secara adatnya.

TAS menunjukkan secara praktikal bagaimana mengaplikasikan Ilmu Gerak semasa menjalankan sesi pengubatan ke atas pesakit gangguan jin, sihir dan zat jahat dengan step dan kedudukan yang betul berserta alasan-alasan yang munasabah dan rasional.

TAS akan menyampaikan kaedah pengubatan secara jarak jauh melalui dua kaedah yang biasa beliau gunakan dalam ikhtiar pengubatan iaitu kaedah Menyampai dan Merawan. Hal ini sememangnya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang telah dibukakan dengan pengetahuan tentang hakikat diri.

Peserta akan diterangkan kepada konsep pemulihan rumah atau premis kemudian ditunjukkan kaedah pemulihannya dengan kaedah yang terbukti berkesan tanpa menggunakan sebarang peralatan, bahan-bahan atau barang-barang tertentu.

Hal ini paling kurang ditekankan walaupun sebenarnya ia begitu penting diketahui oleh perawat. Modul ini didedahkan agar perawat senantiasa dalam keadaan yang tenang ketika berhadapan dengan penyakit yang susah kebah atau memakan masa yang lama untuk sembuh.

Hakikatnya peserta mempelajari ilmu pengubatan dari TAS sampai pandai dan profesional. Kursus online ini diwujudkan hanya sebagai pemudah cara sampaian ilmu dari TAS kepada para peserta. Justeru, mana-mana peserta dialu-alukan bertemu dengan TAS untuk menyempurnakan adab berguru dan menimba ilmu.

Ilmu Kasyaf

Ulasan peserta usai kursus

Play Video
Play Video
Play Video
Play Video

Ramai yang telah sertai

Apa kata peserta KSSI Online

“Pemerhatian saya modul yang dihasilkan adalah hasil kepakaran TAS yang telah membuat kajian lebih 20 tahun sepanjang memakai IG ini..”

Kssi 1

“RM1000 adalah jumlah yang besar tapi untuk modul KSSI yang 10 ni, sangat berbaloi, tak rasa besar lepas join, tak menyesal langsung..”

Kssi 2

“Dari segi kualiti video dan audio yang ditayangkan amatlah baik setanding profesional video. Bukannya video ‘cap ayam’..”

Kssi 3

Istimewa buat peserta KSSI Profesional

Menjadi Perawat Profesional

Menjadi Perawat Profesional

FB_IMG_1618889409342

Program Memperkasakan Profesionalisma Pengamalan Perubatan Melayu

Cyberjaya University College Of Medical Sciences
(CUCMS)

PRAWIS Menganjurkan
Kursus Sehari Segudang Ilmu

Menjadi perawat profesional bermakna menjadikan bidang perubatan kerohanian sebagai profesion atau pekerjaan hakiki dengan menggunakan kepakaran, kecekapan atau kemahiran yang dimiliki. Justeru pengubatan yang bakal dilakukan adalah benar-benar beretika dan caj boleh dikenakan ke atas pesakit dengan bayaran yang tertentu.

Hal ini adalah sebagai menyambut seruan yang telah dinyatakan pada Program Memperkasakan Profesionalisma Pengamalan Perubatan Melayu anjuran GAPERA yang telah diadakan pada Januari 2018 yang lalu.

Untuk tujuan itu modul Ilmu Pelengkap diwujudkan sebagai penambahan modul KSSI yang sedia ada bagi menyempurnakan ilmu para peserta agar mencapai ke tahapan profesional.

Ilmu Pelengkap yang dimaksudkan itu ialah Ebook Ilmu Gerak, Ilmu Kasyaf dan bimbingan berterusan daripada TAS dari masa ke semasa sehingga para peserta benar-benar mencapai tahap kemahiran yang tinggi.

Ebook

Ebook Ilmu Gerak

1625398079

Ebook Ilmu Gerak

Khazanah Pendeta Melayu

Pertama di Malaysia buku yang menjelaskan Ilmu Gerak yang hakikatnya tidak keluar dari landasan syarak dengan dalil berserta kaedah pengubatannya yang beradaptasikan Al Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Ebook ini dikarang sendiri oleh TAS bagi menjelaskan Ilmu Gerak pada sudut kaca mata pengamal sendiri. Di dalamnya mengupas tentang upaya diri roh yang dimanfaatkan, kaedah pengubatan yang beradaptasikan Al Quran dan Sunnah Nabi SAW, perbezaan antara pengamal ilmu Kerohanian dengan pengamal dampingan jin dan banyak lagi.

Mutakhir ini ada yang menganggap ia sebagai ilmu perbomohan dan bergelumang dengan perkara khurafat dan syirik. Ada yang terlebih jauh lagi sehingga ke tahap menuduh Ilmu Gerak adalah amalan berdampingan dengan makhluk halus sehingga pengamal mampu untuk mengubat dengan cara rasukan atau menurun.

Maka buku ini menafikannya dengan hujah dan mempertahankan kesuciannya dengan dalil.

Ilmu Kasyaf

Ini Kata Peserta Tentang Ebook

Ebook

Ilmu Kasyaf

fateh1

Ilmu Kasyaf

Khazanah Pendeta Melayu

Oleh kerana keberadaan jin, sihir dan zat jahat yang bersarang di dalam tubuh pesakit tidak dapat dilihat oleh pandangan mata maka Ilmu Kasyaf amat diperlukan bagi perawat dalam setiap sesi pengubatan.

Mengubat tanpa ilmu kasyaf ibarat si buta yang teraba-raba dalam cahaya.

Dengan Ilmu Kasyaf perawat dengan jelas akan dapat mengenal pasti jenis penyakit yang bersarang di dalam tubuh pesakit seterusnya menyelesaikannya dengan Ilmu Gerak menurut disiplin pengubatan pada kadar yang cepat.

Ilmu Kasyaf adalah kunci utama kepada keberhasilan ikhtiar pengubatan bagi setiap perawat.

Ilmu Kasyaf

Ini Kata Peserta Tentang Ilmu Kasyaf

Ini Kata Peserta Tentang Ilmu Kasyaf

Ebook

Bimbingan TAS

Bilik Tumpu Pengubatan Ilmu Gerak

Support Group

PRAWIS Menganjurkan
Kursus Sehari Segudang Ilmu

Support Group di Telegram diwujudkan khas buat peserta agar pembelajaran dapat diteruskan tanpa dibatasi oleh kekangan masa atau berjauhan jarak.

Ia dikendalikan sendiri oleh TAS secara langsung dengan melayani setiap pertanyaan dari peserta dan membimbing peserta memahami Ilmu Gerak dan kaedah pengubatan dengan lebih tepat.

Support Group adalah bukti komitmen TAS dalam usaha beliau untuk mengangkat para peserta sehingga menjadi perawat profesional.

Support Group dibina dengan tertib dan dikhususkan setiap persoalan dalam ‘bilik-bilik’ yang khas agar pembelajaran dapat disampaikan secara tersusun, kemas dan mudah dirujuk kembali.

TAS tidak lepas tangan.

Ini Kata Peserta Tentang Ilmu Kasyaf

Ini Kata Peserta Tentang Support Group

Ilmu Kasyaf

Dengar Apa Kata Alumni KSSI PRO

Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
Play Video

Ilmu Kasyaf

Kesempurnaan menjadi perawat!

Perkara yang menjamin keberhasilan di dalam pengubatan adalah 4 perkara berikut iaitu Ilmu Gerak, 10 Modul, Ilmu Kasyaf dan Bimbingan Berterusan Guru sementara Ebook Ilmu Gerak adalah sebagai dalil bagi memantapkan keyakinan pengamal terhadap Ilmu Gerak.

Kesemuanya ada di dalam KSSI PRO.

Menjadi Perawat Bermula Hari Ini!