Apa itu Ilmu Gerak?

jumadin

Upaya Diri Rohani

Ilmu Gerak

Istilah yang dipakai bagi menyatakan suatu kaedah pemanfaatan upaya diri rohani insan dalam kehidupan duniawi. 

Ilmu Gerak tergolong ilmu kerohanian yang pemakaiannya tidak menggunakan sebarang bahantara dan perantara makhluk lain selain hanya diri pengamal sendiri. Bermakna pengamal hanya bertangan kosong semasa mengubat pesakit.

Uniknya penggunaan Ilmu Gerak semasa proses pengubatan adalah bersifat universal iaitu satu cara untuk kegunaan pelbagai. Seperti menyakiti dan membunuh jin juga memusnahkan sihir dan zat jahat.

Dasar keilmuannya adalah Tauhid, Doa dan Tawakal kepada Allah S.W.T. 

Pakaian Ulama Nusantara

1626441401

Kitab Siyarus Salikin

Karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani

Allahyarham Wan Mohd Shaghir Abdullah di dalam artikelnya menerangkan bahawa Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (w. 1832) ada menulis di dalam kitabnya yang berjudul  Mulhik fi Bayanil Fawa’id an-Nafi’ah fil Jihadi fi Sabilillah iaitu:

‘Pada Faedah Yang Keempat dinyatakan terdapat satu doa yang apabila mengamalkannya maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.’

Bermakna keilmuan bangsa Ilmu Gerak ini telah pun wujud semenjak 200 tahun yang lalu. Bahkan mungkin lebih lama lagi sebelum itu.

Ia telah menjadi ‘pakaian’ ulama Melayu dalam ruang lingkup keilmuan mempertahankan diri dan pengubatan. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani adalah ulama Melayu yang menulis kitab Siyarus Salikin yang tersohor itu.

Pengijazahan Ilmu Gerak

gerak2

Ilmu Gerak

Sesi Pengijazahan

Ijazah disampaikan sendiri oleh TAS kepada para peserta yang menyertai kursus.

Sebagaimana ulama Melayu terdahulu maka TAS menuruti langkah mereka dengan mengijazahkan Ilmu Gerak beserta 4 tahapan dan rahsianya tanpa mengenakan apa-apa bayaran. 

Ijazah yang dimiliki oleh para peserta adalah bersifat kekal dan peserta yang telah diijazahkan dengan Ilmu Gerak oleh TAS boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa syarat dan pantang larang.

Ilmu Gerak adalah salah satu daripada empat kunci utama dalam menentukan keberhasilan ikhtiar pengubatan selain 10 Modul, Ilmu Kasyaf dan bimbingan guru.