Melalui 10 modul para peserta akan dapat merawat seusai kursus.

Pengalaman TAS selama lebih 20 tahun dalam dunia pengubatan benar-benar diluahkan. 10 modul ini juga ternyata berimpak besar sehingga telah melahirkan ramai perawat dalam tempoh yang singkat dikalangan masyarakat yang ‘zero knowledge’ tentang ilmu rawatan.

10 Modul

Menjelaskan definisi Ilmu Gerak kepada makna yang dipakai dalam ruang lingkup keilmuan perubatan kerohanian Melayu. Juga memperincikan perbezaan Ilmu Gerak dengan ma’unah, karamah dan mukjizat. Hal ini bagi membetulkan salah faham penisbahan Ilmu Gerak kepada tiga perkara tersebut.

Menjelaskan hakikat diri manusia yang terbahagi kepada tiga unsur secara terperinci sehingga peserta dapat membezakan ketiga-tiganya melalui pengetahuan terhadap sifat-sifatnya. Kenal hakikat unsur ketiga-tiga diri ini adalah kunci kepada memahami dari mana sumber asalnya Ilmu Gerak.

Rahsia kelemahan jin didedahkan berdasarkan penelusuran kepada asal kejadiannya. Sihir juga didedahkan hakikatnya sehingga peserta nampak kenapa ia sebenarnya mudah dimusnahkan. Pendedahan kedua-duanya berdasarkan pencerahan dari al-Quran dan Hadith.

Perincian diri manusia  kepada tiga pembahagian membuatkan peserta akan memahami dari mana sumber datangnya gerakan yang bersifat rohani pada diri pengamal. Hal ini secara asasnya dibuktikan dengan dalil adat dan hujah yang rasional. Sementara pendalilan al-Quran telah dijelaskan di dalam ebook Ilmu Gerak Khazanah Pendeta Melayu.

Menjelaskan perbezaan antara penyakit gangguan jin, sihir dan zat jahat serta menunjukkan bagaimana kaedah menanganinya menggunakan Ilmu Gerak. Keberhasilan kaedah pengubatan yang disampaikan adalah berdasarkan kepada nilaian kesembuhan yang berulang-ulang secara adatnya.

TAS menunjukkan secara praktikal bagaimana mengaplikasikan Ilmu Gerak semasa menjalankan sesi pengubatan ke atas pesakit gangguan jin, sihir dan zat jahat dengan step dan kedudukan yang betul berserta alasan-alasan yang munasabah dan rasional.

TAS akan menyampaikan kaedah pengubatan secara jarak jauh melalui dua kaedah yang biasa beliau gunakan dalam ikhtiar pengubatan iaitu kaedah Menyampai dan Merawan. Hal ini sememangnya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang telah dibukakan dengan pengetahuan tentang hakikat diri.

Peserta akan diterangkan kepada konsep pemulihan rumah atau premis kemudian ditunjukkan kaedah pemulihannya dengan kaedah yang terbukti berkesan tanpa menggunakan sebarang peralatan, bahan-bahan atau barang-barang tertentu.

Hal ini paling kurang ditekankan walaupun sebenarnya ia begitu penting diketahui oleh perawat. Modul ini didedahkan agar perawat senantiasa dalam keadaan yang tenang ketika berhadapan dengan penyakit yang susah kebah atau memakan masa yang lama untuk sembuh.

Hakikatnya peserta mempelajari ilmu pengubatan dari TAS sampai pandai dan profesional. Kursus online ini diwujudkan hanya sebagai pemudah cara sampaian ilmu dari TAS kepada para peserta. Justeru, mana-mana peserta dialu-alukan bertemu dengan TAS untuk menyempurnakan adab berguru dan menimba ilmu.

Objektif dan kepentingan kursus terhadap perawat pemula.

Mendidik peserta agar bergantung kepada Allah Ta’ala 100% dalam usaha pengubatan. Dalam waktu yang sama mendedahkan betapa mudahnya mengubat dengan menggunakan Ilmu Gerak. Juga bertujuan untuk merungkai rahsia ‘titik lemah’ bangsa jin dan ‘perjalanan’ sihir secara ilmiah sehingga melahirkan individu yang mampu mengubat dengan ‘tangan kosong’.

Usai kursus anda mampu

  1. Mengubat tanpa sentuh, ruqyah dan sakiti tubuh pesakit.
  2. Kenal hakikat upaya rohani dan memanfaatkannya dalam urusan pengubatan.
  3. Memahami letak kelemahan jin dan sihir.
  4. Memahami letak kelemahan jin dan sihir.
  5. Memusnahkan sihir beradaptasikan sunnah Nabi SAW.
  6. Menyakiti jin dan memusnahkan sihir dengan cara kerohanian.
  7. Membunuh jin dengan cara sembelihan.
  8. Melakukan pengubatan secara jarak jauh tanpa penggunaan gambar, nama dan sebagainya.