Melalui 10 modul para peserta akan dapat merawat seusai kursus.

Pengalaman TAS selama lebih 20 tahun dalam dunia pengubatan benar-benar diluahkan. 10 modul ini juga ternyata berimpak besar sehingga telah melahirkan ramai perawat dalam tempoh yang singkat dikalangan masyarakat yang ‘zero knowledge’ tentang ilmu rawatan.

10 Modul

Menjelaskan definisi Ilmu Gerak kepada makna yang dipakai dalam ruang lingkup keilmuan perubatan kerohanian Melayu. Juga memperincikan perbezaan Ilmu Gerak dengan ma’unah, karamah dan mukjizat. Hal ini bagi membetulkan salah faham penisbahan Ilmu Gerak kepada tiga perkara tersebut.

Menjelaskan hakikat diri manusia yang terbahagi kepada tiga unsur secara terperinci sehingga peserta dapat membezakan ketiga-tiganya melalui pengetahuan terhadap sifat-sifatnya. Kenal hakikat unsur ketiga-tiga diri ini adalah kunci kepada memahami dari mana sumber asalnya Ilmu Gerak.

Rahsia kelemahan jin didedahkan berdasarkan penelusuran kepada asal kejadiannya. Sihir juga didedahkan hakikatnya sehingga peserta nampak kenapa ia sebenarnya mudah dimusnahkan. Pendedahan kedua-duanya berdasarkan pencerahan dari al-Quran dan Hadith.

Perincian diri manusia  kepada tiga pembahagian membuatkan peserta akan memahami dari mana sumber datangnya gerakan yang bersifat rohani pada diri pengamal. Hal ini secara asasnya dibuktikan dengan dalil adat dan hujah yang rasional. Sementara pendalilan al-Quran telah dijelaskan di dalam ebook Ilmu Gerak Khazanah Pendeta Melayu.

Menjelaskan perbezaan antara penyakit gangguan jin, sihir dan zat jahat serta menunjukkan bagaimana kaedah menanganinya menggunakan Ilmu Gerak. Keberhasilan kaedah pengubatan yang disampaikan adalah berdasarkan kepada nilaian kesembuhan yang berulang-ulang secara adatnya.

TAS menunjukkan secara praktikal bagaimana mengaplikasikan Ilmu Gerak semasa menjalankan sesi pengubatan ke atas pesakit gangguan jin, sihir dan zat jahat dengan step dan kedudukan yang betul berserta alasan-alasan yang munasabah dan rasional.

TAS akan menyampaikan kaedah pengubatan secara jarak jauh melalui dua kaedah yang biasa beliau gunakan dalam ikhtiar pengubatan iaitu kaedah Menyampai dan Merawan. Hal ini sememangnya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang telah dibukakan dengan pengetahuan tentang hakikat diri.

Peserta akan diterangkan kepada konsep pemulihan rumah atau premis kemudian ditunjukkan kaedah pemulihannya dengan kaedah yang terbukti berkesan tanpa menggunakan sebarang peralatan, bahan-bahan atau barang-barang tertentu.

Hal ini paling kurang ditekankan walaupun sebenarnya ia begitu penting diketahui oleh perawat. Modul ini didedahkan agar perawat senantiasa dalam keadaan yang tenang ketika berhadapan dengan penyakit yang susah kebah atau memakan masa yang lama untuk sembuh.

Hakikatnya peserta mempelajari ilmu pengubatan dari TAS sampai pandai dan profesional. Kursus online ini diwujudkan hanya sebagai pemudah cara sampaian ilmu dari TAS kepada para peserta. Justeru, mana-mana peserta dialu-alukan bertemu dengan TAS untuk menyempurnakan adab berguru dan menimba ilmu.

Objektif dan kepentingan kursus terhadap perawat pemula.

Mendidik peserta agar bergantung kepada Allah Ta’ala 100% dalam usaha pengubatan. Dalam waktu yang sama mendedahkan betapa mudahnya mengubat dengan menggunakan Ilmu Gerak. Juga bertujuan untuk merungkai rahsia ‘titik lemah’ bangsa jin dan ‘perjalanan’ sihir secara ilmiah sehingga melahirkan individu yang mampu mengubat dengan ‘tangan kosong’.

Anda akan kuasai kebolehan berikut seusai kursus.

Mengubat tanpa sentuh, ruqyah dan sakiti tubuh pesakit.

Kenal hakikat upaya rohani dan memanfaatkannya dalam urusan pengubatan.

Memahami letak kelemahan jin dan sihir.

Memperolehi gerak Hak Diri.

Memusnahkan sihir beradaptasikan sunnah Nabi SAW.

Menyakiti jin dan memusnahkan sihir dengan cara kerohanian.

Membunuh jin dengan cara sembelihan.

Melakukan pengubatan secara jarak jauh tanpa penggunaan gambar, nama dan sebagainya.

Apa itu Ilmu Gerak?

jumadin

Upaya Diri Rohani

Ilmu Gerak

Istilah yang dipakai bagi menyatakan suatu kaedah pemanfaatan upaya diri rohani dalam kehidupan duniawi. 

Ilmu Gerak tergolong ilmu kerohanian yang pemakaiannya tidak menggunakan sebarang bahantara dan perantara makhluk lain selain hanya diri pengamal sendiri. Bermakna pengamal hanya bertangan kosong semasa mengubat pesakit.

Uniknya penggunaan Ilmu Gerak semasa proses pengubatan adalah bersifat universal iaitu satu cara untuk kegunaan pelbagai. Seperti menyakiti dan membunuh jin juga memusnahkan sihir dan zat jahat.

Dasar keilmuannya adalah Tauhid, Doa dan Tawakal kepada Allah S.W.T. 

Pakaian Ulama Nusantara

Allahyarham Wan Mohd Shaghir Abdullah di dalam artikelnya menerangkan bahawa Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (w. 1832) ada menulis di dalam kitabnya yang berjudul  Mulhik fi Bayanil Fawa’id an-Nafi’ah fil Jihadi fi Sabilillah iaitu:

‘Pada Faedah Yang Keempat dinyatakan terdapat satu doa yang apabila mengamalkannya maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.’

Bermakna keilmuan bangsa Ilmu Gerak ini telah pun wujud semenjak 200 tahun yang lalu. Bahkan mungkin lebih lama lagi sebelum itu.

Ia telah menjadi ‘pakaian’ ulama Melayu dalam ruang lingkup keilmuan mempertahankan diri dan pengubatan. Syeikh Abdul Samad al-Falimbani adalah ulama Melayu yang menulis kitab Siyarus Salikin yang tersohor itu.

1626441401

Kitab Siyarus Salikin

Karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani

Pengijazahan Ilmu Gerak

gerak2

Ilmu Gerak

Sesi Pengijazahan

Ijazah disampaikan sendiri oleh TAS kepada para peserta yang menyertai kursus.

Sebagaimana ulama Melayu terdahulu maka TAS menuruti langkah mereka dengan mengijazahkan Ilmu Gerak beserta 4 tahapan dan rahsianya tanpa mengenakan apa-apa bayaran. 

Ijazah yang dimiliki oleh para peserta adalah bersifat kekal dan peserta yang telah diijazahkan dengan Ilmu Gerak oleh TAS boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa syarat dan pantang larang.

Ilmu Gerak adalah salah satu daripada empat kunci utama dalam menentukan keberhasilan ikhtiar pengubatan selain 10 modul, Ilmu Kasyaf dan bimbingan guru.

Kelebihan Menggunakan Ilmu Gerak Dalam Pengubatan

MUDAH

Menggunakan Ilmu Gerak sungguh membuatkan urusan pengubatan menjadi mudah kerana pengamal tidak terikat dengan hafalan, peralatan, ritual, pantang larang dan sebagainya.

CEPAT

Sesi pengubatan tidak panjang kerana telah terbukti dengan Ilmu Gerak  jin, sihir dan zat jahat dapat diselesaikan berdasarkan pengalaman 20 tahun TAS dalam bidang pengubatan.

BERHASIL

Titik keberhasilan menggunakan Ilmu Gerak dan kaedah-kaedah pengubatannya adalah beradaptasikan dari petunjuk Sunnah Nabi SAW dan bersumber dari Ummul Kitab.

Ramai Yang Telah Sertai

SOALAN LAZIM

I

  1. Wajib seorang muslim dan berakidah Ahlussunah Wal Jamaah.
  2. Berfikiran rasional dalam timbangan syarak.
  3. Tidak berpenyakit mental atau dalam tekanan jiwa.
  4. Dapat membezakan antara haq dan batil.
  5. Menjaga adab berguru.
  6. Pemberani dan ‘berakal panjang’.

Roh setiap manusia adalah dari ‘tiupan’ Allah. Secara logik ia kejadian yang unik maka dengan keunikannya itulah ia dimanfaatkan. Kami hanya membuka rahsia cara pemakaiannya berserta disiplin dan kaedah pengubatan yang telah terbukti berhasil. Ibarat golok yang dah sedia tajam, kami hanya memanfaatkan ‘tabiat’ dan ‘quwwah’-nya dengan menyampaikan cara pegang, hayunan dan libasan yang secara adatnya berhasil mencederakan musuh di dalam pertempuran.

Tidak digalakkan sebab kadang kala pesakit dalam keadaan berfikiran tidak rasional akibat tekanan daripada sakit yang dihidapinya. Ini secara langsung telah meletakkan pesakit sebagai tidak memenuhi syarat menjadi pengamal.

Ijazah disampaikan kepada murid meliputi perkara  zahir dan rohani Ilmu Gerak. Ilmu Gerak pada zahirnya disampaikan melalui video sebagai pengganti diri guru dengan dipertunjukkan kaifiat pemakaian Ilmu Gerak (buka gerak & tutup gerak) kepada murid. Pada rohaninya pula adalah ‘penyalinan gerak’ guru kepada murid melalui bimbingan berterusan guru terhadap murid. Hanya kepada murid yang diperakui untuk mengajar sahaja diberi tauliah untuk menyampaikan ijazah. Setakat ini belum ada mana-mana murid yang telah diperakui.

Hal ini secara panjang lebar dan berdalil telah dijelaskan di dalam buku berjudul Ilmu Gerak Khazanah Pendeta Melayu yang dikarang sendiri oleh TAS (Tuan Pengasas). Satu-satunya buku menjelaskan tentang Ilmu Gerak di Malaysia. Sekarang dalam bentuk ebook dan diberikan secara percuma jika sertai Kursus Sehari Segudang Ilmu Profesional.

Pantang larang wujud kerana ilmu yang dipakai bersekutu dengan makhluk halus (jin). Akibat melanggar pantang dan larangan yang disyaratkan oleh makhluk halus agar tidak melanggarnya maka pengamal menerima musibah tertentu dari tindakan makhluk halus itu sendiri. Oleh kerana Ilmu Gerak ini tidak menyandarkan kebolehan dan ikhtiar kepada makhluk halus maka tiada pantang larang yang tertentu menjadi syarat memakainya.

Tidak. Ilmu Tenaga Dalam adalah tentang olahan pernafasan sementara Reiki tentang penarikan energi positif daripada alam untuk disalurkan ke tubuh pesakit melalui tubuh pengamal. Ilmu Gerak tiada kena-mengena dengan kedua-dua ilmu tersebut sama ada pada sudut kaedah atau dasar keilmuannya sebaliknya usaha merawat bagi pengamal Ilmu gerak adalah bersandarkan kepada upaya diri rohani.

Tidak semudah itu. Untuk menjadi perawat profesional perkara utama yang diambil kira adalah aspek kemahiran. Kemahiran merawat bukan semata-mata lahir daripada ilmu bahkan juga melalui pengamalan, pengalaman dan bimbingan berterusan daripada guru. Modul kursus yang kami sampaikan adalah salah satu daripadanya.

KSSI adalah langkah ke taraf menjadi perawat profesional. 

Definisi Profesional : Profesional adalah individu atau golongan yang melakukan sesuatu pekerjaan/profesion/bidang dengan menggunakan kepakaran, kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang diceburinya dan ia melibatkan pembayaran di mana pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan mata pencarian dan pekerjaan tetapnya.

Jika dinilai sertai KSSI pada sudut mind set ke arah bidang pekerjaan/profesion.. purata pendapatan perawat profesional dalam masa sebulan boleh menjangkau melebihi 4 angka. Bermakna pendapatan yang mencapai 4 angka di bulan-bulan seterusnya adalah keuntungan yang didapati daripada KSSI yang disertai hari ini. Dengan data itu akhirnya diketahui hakikatnya, yuran KSSI yang ditetapkan adalah tersangat murah berbanding keuntungan yang bakal diperolehi peserta sepanjang hayat! Oleh itu tidak mustahil yuran kursus akan dinaikkan pada masa akan datang.

Sebenarnya belajar ilmu rawatan adalah dengan TAS (Tuan Pengasas) bermakna para pengamal boleh berjumpa terus dengan TAS untuk menimba ilmu dari masa ke semasa seperti biasa sehingga pengamal pandai merawat dan mencapai tahap profesional. Video pembelajaran secara online dan Support Group adalah sebagai pemudah cara sahaja terutama bagi yang berada jauh dan kesibukan masa. 

Perbomohan bermaksud perkara yang berkaitan dengan bomoh dari sudut amalannya, selok-belok kerjanya dan sebagainya. Manakala bomoh pula bermaksud tabib yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi. Pawang dan dukun juga berkongsi definisi yang sama dengan bomoh. (Rujukan Kamus Dewan edisi keempat)

Bermakna yang dimaksudkan perbomohan adalah ilmu perubatan yang menggunakan:

  1. Ubat Tradisional – Seperti menggunakan ubat yang berasaskan herba dan akar kayu.
  2. Cara Kampung – Seperti menggunakan ubat tradisional, berpetua, berpantang larang, menyaji sesajian, mantera, buang ancak dan menurun (berdampingan dengan makhluk halus).
  3. Jampi – Kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit dan lain-lain.

Oleh kerana ilmu yang kami ajarkan tidak melibatkan semua perkara di atas sebaliknya hanya menggunakan kaedah kerohanian maka perubatan kami tidak termasuk kategori perbomohan.