Penjelasan disebalik logo

  1. Berlatar belakangkan tiga warna utama yang masing-masing membentuk bulatan iaitu hitam, merah dan kuning. Warna kuning adalah mengikuti warna kulit Kitab Kuning iaitu simbolik kepada identiti Pendeta Melayu yang sinonim mengajar ilmu Tauhid dan Tasawuf menggunakan Kitab Kuning. 
  2. Warna hitam mewakili simbol sirr, warna merah mewakili simbol batin manakala warna kuning mewakili simbol zahir.
  3. Pada bahagian bulatan yang berlatar belakangkan warna kuning dimunculkan perkataan dalam tulisan Jawi yang berasal dari daerah bulatan berwarna merah iaitu: Gerak, Sepohon Jadi, Syuhud, Seru dan Serah. Simbolik kepada menyatakan perkara kerohanian muncul pada daerah jasad membawa peranan dan manfaatnya.
  4. Perkataan Gerak dalam tulisan Jawi iaitu huruf Ga, Ro dan Qof dilukis bercantum dengan perkataan pantulannya bagi menggambarkan Ilmu Gerak terbahagi kepada dua teras utama iaitu gerak yang berteraskan dari sumber upaya diri rohani insan dan gerak yang berteraskan dari sumber ketauhidan kepada Allah s.w.t. Masing-masing punyai perkaitan yang erat pada sudut hakikat. Oleh kerana itu ia dilukis sedemikian.
  5. Pada bahagian paling atas sengaja ditempatkan tiga huruf Alif yang disusun selari, muncul dari daerah bulatan yang berwarna hitam. Ketiga-tiga huruf Alif itu mewakili huruf awal pada berkataan Islam, Iman dan Ihsan dalam tulisan bahasa Arab. Simbolik kepada menyatakan mertabatnya yang tertinggi pada daerah jasad melebihi Ilmu Gerak itu sendiri. Hakikatnya Ilmu Gerak berteraskannya. 
  6. Pada kesimpulannya logo adalah sebuah ibarat kepada jati diri Pendeta Melayu yang menguasai ilmu agama Islam dan ilmu kerohanian serta beramal dengan kedua-duanya.