Mengasaskan Pusat Rawatan Ikhtiar as-Sofa (PRAWIS) sejak 10 tahun lalu dan sehingga kini pusat rawatan masih beroperasi. PRAWIS dalam tempoh itu telah menganjurkan kursus ilmu rawatan kepada khalayak yang ingin menjadi perawat profesional khusus dalam aliran kerohanian Melayu.
Teras ilmu rawatan yang diperkenalkan ialah Ilmu Gerak yang menjadi pakaian Pendeta Melayu (ulama) dalam urusan perjuangan melibatkan perkara Seni Bela Diri, pengubatan dan sebagainya. Untuk tujuan itu TAS telah membina modul pembelajaran menurut pengalamannya selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia rawatan.
Selain itu TAS sendiri selaku penyampai ijazah Ilmu Gerak telah menerbitkan buku dari hasil tangan beliau sendiri yang bertajuk ILMU GERAK KHAZANAH PENDETA MELAYU bertujuan untuk memberi penjelasan dan faham kepada khalayak tentang hakikatnya.
Dengan modul kursus yang jitu akhirnya TAS telah berjaya melahirkan ramai perawat dari kalangan masyarakat awam dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, bahkan dikalangan perawat sendiri pun ada yang mengambil manfaat dari kursus yang diadakan. Ada di antara mereka dari latar belakang pengamal ruqyah, urut, bekam, ahli thariqat, mudir pondok, pengamal meditasi, pengamal perubatan moden dan sebagainya.
Pada 29 Januari 2018 beliau yang ketika itu sebagai Biro Kerohanian GAPERA diberi amanah oleh YDP GAPERA (Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Melayu Malaysia) untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk TERAPAN AMALAN SUFI; HUBUNGAN DENGAN MAHA PENYEMBUH bagi PROGRAM MEMPERKASAKAN PROFESIONALISMA PENGAMALAN PERUBATAN MELAYU bertempat di Cyberjaya University College Of Medical Sciences (CUCMS).
Beliau juga pernah dijemput oleh pihak JAKIM untuk menghadiri dan melakukan pembentangan di PERSIDANGAN MEJA BULAT PEMBINAAN KAEDAH STANDARD RAWATAN PENYAKIT MENTAL MENURUT AMALAN PENGUBATAN ISLAM pada 6 – 8 September 2019, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Hanya 15 pusat rawatan yang terpilih secara khusus dari seluruh Malaysia dijemput menyertai persidangan ini.
Apa kata peserta tentang TAS
“TAS ini seorang yang alim, banyak ilmunya, luas pengalamannya. Setiap persoalan yang diajukan oleh muridnya, TAS akan jawab dengan hujah berpandukan Al-Quran & Hadith. Bukan jawab ikut sedap mulut je.”
“TAS seorang yang sangat TELITI dan menekankan sifat ketelitian. Teliti pada cara berfikir serta teliti dalam membuat keputusan dan tindakan..”
“TAS seorang yang tulus dan telus. Beliau senang untuk diajak berbincang dan tidak lokek berkongsi ilmu. Beliau juga bertanggungjawab dalam mengajar muridnya berfikir, mengkaji dan berdikari..”
“Semua keputusan dapat diterima akal berdasarkan hujjah Alquran dan Sunnah sehinggakan terasa begitu dekat Alquran dan Hadith dalam kehidupan sehari-hari..”
“Tidak pernah saya jumpa mana-mana guru yang sanggup melayan karenah dan memberi pencerahan setiap persoalan yang dikemukakan kepadanya sampai lewat malam..”